♫ Penjejak 308 ♫

Wednesday, June 22, 2011

| SUKA DAN DUKA |


Terus mencuba..
Melangkah bersama jiwa dan raga
Melewati relung-relung alam semesta
Untuk meraih cita-cita mulia

Titisan keringat dan air mata
Akan menjelma senyuman bahagia
Setelah mengharungi samudera duka cita

Oh.. neraka
Andai manusia tahu hakikatnya
Tidak akan berbuat maksiat dan dosa
Apalagi.. derhaka terhadap rabb-Nya
Kerana.. maksiat dan dosa kan menuai seksa

Oh.. dasyatnya..
Tak terbayangkan sebelumnya
Oh.. panas pedihnya..
Membakar seluruh badan tanpa sisa
Oh.. kobaran apinya
Menjulang.. terus menyala-nyala
Bahan bakarnya berbatuan berhala dan manusia
Sedang kematian sudah tiada

Oh.. syurga..
Kenikmatan tiada tara
Serba ada lagi tersedia
Tiada haus.. tiada pula dahaga
Bertemankan bidadari yang cantik jelita
Emas.. intan.. dan berlian memenuhi istana
Semuanya..
Untuk hamba yang soleh dan bertaqwa
Istiqomah dijalan Allah ta’ala

Aduhai.. malangnya manusia
Disaat kematian tiba
Tak berbekal iman dan taqwa
Dalam hidupnya ia terlena
Bersenang-senang ria
Berfoya-foya
Bahkan masa mudanya tanpa guna

Dunia..
Dunia..
Dunia.. kehidupan fana
Dunia.. kehidupan fatamorgana
Bagi seorang mukmin dunia adalah penjara
Sedang bagi orang kafir dunia adalah syurga
Sungguh.. dunia benar-benar ibtila
Untuk meraih suka dan duka
Setelah dunia tiada…

*nota batu : syurga di bawah tapak kaki ibu~

2 comments:

Bidadari Syurga said...

semoga kamu menjdi anak yang soleh... mekasih untuk entry begini....

Eddy Stone said...

@cik bidadari insyaallah amin.. same2~